Assalaamu’alaikum!
Alhamdulillah saya sudah menamatkan jelajah Pulau Bali serta Pulau Jawa melalui jalan darat (van/keretapi) dari Denpasar (Bali) ke Surabaya, Yogyakarta, Bandung, serta Jakarta. Jadi hari ini sempatlah saya makan nasi dagang kegemaran saya selepas enam hari makan masakan Jawa, Padang, serta Sunda.
Setibanya saya di Denpasar saya kagum dengan usaha promosi pelancongan mereka. Begitu banyak brochure berkenaan pelancongan di sediakan. Begitu juga hotel boleh di tempah dari kaunter di lapangan terbang.
Walaupun pantai di Bali tidak lah seputih pantai di Terengganu kegiatan pelancongan mereka begitu aktif sekali. Sebetulnya pantai mereka adalah pantai yang berpasir kehitaman! Jadi kita pasti mereka menggunakan kekuatan atau kelebihan ombak mereka yang bergulung bagi penggemar luncur air.
Bagi kita di Terengganu yang memiliki pantai yang cantik, pasir yang halus serta putih bersih seharusnya menonjolkan sebaiknya kelebihan yang kita ada bagi menarik pelancong yang sukakan keindahan begini.
Berbalik pada tempahan hotel, saya masih percaya pengusaha chalet di pulau-pulau kita terutama Pulau Perhentian seharusnya menggunakan kemudahan internet bagi menerima tempahan berbayar secara online. Kaedah walk-in sekarang ini buying buy cialis professional online cialis without prescription sedikit sebanyak menimbulkan suasana kurang selesa bagi pelancong yang terpaksa bermalam di bawah pokok kerana chalet penuh.
Berdasarkan pengalaman saya melawat secara walk-in Pulau Perhentian baru-baru ini, saya melihat terdapat pelancong yang bermalam di pantai seta wajah-wajah kecewa pelancong mengheret beg besar mencari bilik-bilik kosong. Saya sendiri tidur/bermalam di stor – hehe.
Oklah dulu ya, badan masih letih kerana mengharung perjalanan yang panjang di Indonesia. Semasa saya di Yogyakarta pada hari Sabtu, Gunung Merapi belum meletus, tetapi ianya sudah meletus semalam. Semoga penduduk di sana akan dapat perlindungan yang sewajarnya.
Berbalik pada pelancongan Terengganu, saya melihat banyak sepandok tentang aktiviti yang akan berlangsung minggu ini atau awal bulan November. Antaranya:
a) Promosi Kraf di Kraftangan Chendering
b)Rally Car, Batu Burok
c)Karnival Novel di TTC
d) Kuda Bersongket
dan juga Majlis Penyampaian Hadiah Pertandingan Blog Pelancongan Terengganu 2010 pada 2hb November. Insya Allah saya akan hadir dan berjumpa dengan rakan bloggers serta urusetia di sana.
Tahniah kepada semua pemenang serta peserta pertandingan ini!
Success is a Journey, and NOT a Destination
Tags: bali, gunung merapi, juara blog, keputusan pertandingan blog, pelancongan terengganu, pemenang pertandingan blog, penyampaian hadiah pertandingan blog terengganu, pulau jawa, Pulau Perhentian, tempahan chalet, tempahan hotel, yogyakarta






boleh guide saya..
saya nak jelajah pulau jawa
dari jakarta ke bali…
tempat mesti pegi
bromo, bodobodur,kawah ajen,bandung,jogja,surabaya
saya nak tahu bape hari jangka masa yg sesuai.. 10 hari cukup tak?
saya pernah ke bali dan familiar mengenai kuta dan kawasan sekitarnya…tapi ni kali pertama ke pulau jawa
saya plan ke pulau jawa thn depan bulan julai
email saya zulkarnain7@gmail.com
terima kasih atas tunjuk ajar anda
Rasanya 10 hari cukup tapi depend aktiviti apa – jalan2 ke shopping:) nak naik apa kat Pulau Jawa- van atau keretapi. Kalau nak ke borobodur perlu plan sampai sebelum pukul 5:00 petang, nanti tutup. Satu lagi keretapi tak berhenti kat situ – kena sewa van ke. Hehe kalu nak shopping kena plan betul-betul juga timing sebab kedai kulit kat Bandung tutup awal. Kalau bawa famili rasanya surabaya kurang sesuai (nak cari tempat makan yang selesa dan dijamin halal agak sukar) , begitu juga Bali. Kalau bawa famili better jogja dan bandung.
Seronok juga naik keretapi – tapi pilih yang first kelas boleh lihat pemandangan sawah padi dan gunung ganang.