Assalaamu’alaikum!

Apa khabar semua? Memperkenalkan diri saya, Fikri pengendali blog ini.

Blog ini dibina setelah dengan tidak sengaja saya menjumpai iklan pertandingan blog pelancongan Terengganu 2010 dalam suratkhabar Teganukita semasa menghadiri majlis bersama Dato’ MB kita bagi penyerahan e-book/netbook bagi pelajar-pelajar tahun 5 di Dewan Seri Iman Kuala Terengganu pada 29hb June 2010. Bila saya semak dengan urusetia rupa-rupanya tarikh tutup pendaftaran adalah pada tengah malam 30 June.

Memandangkan saya telah lama bercita-cita untuk memberi sedikit sumbangan kepada pembangunan negeri Terengganu Darul Iman yang tercinta ini dan saya ada sedikit ilmu berblog jadi saya menyahut cabaran ini maka terbinalah blogĀ  TerengganuParadise.com ini.

Objektif utama blog ini adalah untuk memperkenalkan Negeri Terengganu yang sentiasa di hati ku ini kepada rakyat Malaysia dan peringkat antarabangsa – Amerika Utara, Amerika Selatan, Australia, Negara Arab, China ,Jepun, Korea dan seluruh dunia. Maka insya Allah saya akan paparkan artikel, gambar, video dan sebagainya berkenaan keunikan Negeri Terengganu.

Jadi bermula detik 12 tengahmalam 30 June 2010, dengan ini saya merasmikan sendiri pelancaran blog ini dengan suasana penuh syahdu di atas sofa diruang tamu rumah saya.

Semoga anda sukakan blog ini dan akan berusaha untuk melawat keindahan dan menikmati kelazatan makanan dari negeriTerengganu Darul Iman.

Blog ini kan sentiasa dikemaskini pada waktu malam atau setiap hujung minggu.

Jumpa lagi.

Fikri

Kuala Terengganu

Disclaimer: Segala perkara yang dikongsi di Blog ini adalah hasil pemikiran spontan penulis/penceramah semasa menulis atau merakam dalam bentuk video atau video. Ianya TIDAK mewakili mana-mana pandangan Persatuan, Kelab, Organisasi, Syarikat, atau mana-mana entity yang penulis pernah atau sedang terlibat secara langsung atau tidak langsung. Segala tips atau penulisan dalam blog ini adalah sebagai panduan dan perkongsian pendapat semata-mata. Oleh itu pandangan profesional adalah digalakkan sebelum anda mencuba sebarang tips/panduan dari blog ini. Penulis tidak bertanggungjawab atas sebarang kerugian jika ada akibat daripada melayari dan mengambil panduan dari blog ini.

Share and Enjoy:
  • Print
  • Digg
  • Sphinn
  • del.icio.us
  • Facebook
  • Mixx
  • Google Bookmarks
  • Blogplay
  • Add to favorites
  • BlinkList
  • blogmarks
  • MySpace
  • Technorati
  • Twitter

Leave a Reply

You can use these tags: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>